Tuesday, June 29, 2010
KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (27 JUN 2010)
KM Kuala Kangsar pada kali ini telah dihadiri oleh PJS Mhd. Nadzri Ahmad bersama isteri beliau, PJS Noormah Zainol. Turut hadir ialah PJS Asnah Mustafa & PJ Che Roslina Jaafar. Mereka hadir ke KM Kuala Kangsar setelah sehari suntuk menjayakan Pra PBC di Taiping pada hari itu.
PRA PBC TAIPING KALI KE 2 BERJAYA
27 Jun 2010 (Ahad) - Telah berlangsungnya Pra PBC Taiping kali ke - 2 dengan jayanya. Pada Pra PBC kali ini telah dapat menghimpunkan seramai 25 orang peserta dari kawasanTaiping dan Kuala Kangsar. Para pemimpin yang telah menjayakan Pra PBC Taiping kali ini ialah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Kenali Syarikat & Produk Pilihan), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Noormah Zainol (Merawat Diri & Keluarga), PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir (Berkongsi Pengalaman & Testimoni), PJ Mohd. Yusfee Yusof & Jamsari Mahmood (Pengerusi Majlis), PJ Affendy Ismail, PJI Haridah Kahnun, PJ Hindun Abdul Aziz, PJS Asnah Mustafa & PJ Che Roslina Jaafar (Urusetia) dan ramai lagi.
Tuesday, June 22, 2010
MAJLIS PERASMIAN MELAKA HALAL HUB
Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.
Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart serta logo MHH telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka). Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama di Malaysia. Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS - PJS dan pengedar HPA seluruh negara.
Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail Bin Hj. Ahmad, Pengarah Urusan 2, Tn. Hj. Fisal dan GM - GM terdiri daripada En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain - lain lagi.
BAHAYA MENTEGA DAN MARGERIN


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Sunday, June 20, 2010
PJS WAHAB BAKAR DALAM KENANGAN

15 Jun 2010 (Selasa) - Dimaklumkan bahawa PJS Wahab Bakar, dari Jerlun Kedah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam. Beliau dikatakan jatuh (rebah) setelah selesai menyampaikan ceramah di Kelas Mingguan HPA di Kangar, Perlis....Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT......Innalillah, AL-Fatihah.....
PJE USTAZ IRWAN & PJ SHAHRIL MENGGEMPUR SURAU HULU ANAK KURAU, BATU KURAU, PERAK
KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (7.6.2010)
Wednesday, June 9, 2010
Tuesday, June 8, 2010
Thursday, June 3, 2010
KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (31.5.2010)
PRA PBC KALI PERTAMA DI TAIPING BERJAYA

Pemimpin - pemimpin KPU yang telah hadir ialah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Pengenalan Syarikat dan Produk Pilihan), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Noormah Zainol (Sinergi Herba), PJI Haridah Khanun dan PJE Imillia Abdul Malek (Demo Produk), PJS Asnah Mustafa dan PJ Roslina Jaffar (Urusetia), PJE Mohd.Irwan Azahari Tahir (Testimoni), G Jamsari Mahmood (Pengerusi Majlis) dan ramai lagi pemimpin - pemimpin KPU Taiping.



Subscribe to:
Posts (Atom)