Thursday, March 10, 2011

PEMIMPIN KPU MENZIARAHI KELUARGA ALLAHYARHAM HJ. AZIZAN

10 Mac 2011 (Khamis) - Pemimpin KPU iaitu PJS Mohd. Nadzri Ahmad serta isteri, PJS Noormah Zainol bersama Pengerusi Kelab Komuniti Taiping, PJ Mohd. Yusfee Yusof telah menziarahi keluarga Allahyarham Hj. Azizan Bin Hj. Ismail, seorang pemimpin KPU Taiping yang telah meninggal dunia.

Pihak KPU telah menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham. Jenazah Allahyarham Hj. Azizan telah disembahyangkan di Masjid Kg. Pokok Assam dan dikebumikan di Masjid Kg. Jambu pada jam 11.00 pagi.

PEMIMPIN KPU TAIPING HJ. AZIZAN HJ. ISMAIL MENINGGAL DUNIA


AL FATIHAH untuk pemimpin KPU Taiping, Allahyarham Hj. Azizan Bin Hj. Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2011 jam pada 6.45 petang di Wad ICU, Hospital Taiping kerana sakit jantung.

Semoga keluarga Allahyarham redha dan sabar dengan ketentuan Ilahi dan bersama kita berdoa agar beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama - sama para solihihn, amiiin.

Sunday, March 6, 2011

PRODUK GUNA KAPSUL GELATIN DIUMUM

FOTO: JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Foto hiasan

GURUN
- Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan. "Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.