Thursday, November 26, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (23.11.2009)

PJS MOHD. ZAMRI BAKAR

Kelas Mingguan kali ini telah dihadiri oleh seorang penceramah yang telah menjadi penceramah tetap PBC Taiping, iaitu PJS Mohd. Zamri Bin Bakar dari Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau telah datang hanya bersama anak perempuan beliau.

Walaupun hari itu hujan turun tidak henti - henti dari pagi hingga ke malam, namun tidak melunturkan semangat para ahli HPA yang setia untuk hadir ke Kelas Mingguan HPA Taiping.

Friday, November 20, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 16.11.2009 )

Pada 16 November 2009, Kelas Mingguan HPA Taiping telah didatangi oleh pemimpin - pemimpin Komuniti dari Parit Buntar, Perak. Mereka adalah PJ Halmi Bin Musa, yang telah berkongsi pengalaman beliau sebelum dan selepas masuk HPA, PJ Abu Bakar, yang telah menyampaikan ceramah motivasi dan PJ Norazlina Abu Shukor ( Isteri kepada PJ Halmi ).

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah PJI Haridah Kahnun ( Pengerusi Majlis ), PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJ Hindun Abdul Aziz, PJE Imillia Abdul Malek, PJ Sazali Salihuddin dan PJ Siti Nafsiah Sakor.

PJ HALMI BIN MUSA

PJ ABU BAKAR

Sunday, November 15, 2009

PBC TAIPING PADA 14 & 15 NOVEMBER 2009 MASIH UNGGUL

Pada 14 dan 15 November 2009, telah berlangsungnya PBC Taiping kali yang ke - 8 tahun ini di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Walaupun peserta pada kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 23 orang peserta sahaja, namun ianya tidak sedikit pun melunturkan semangat para pemimpin - pemimpin KPU untuk berjuang dalam menyampaikan dakwah dan misi HPA dalam PBC pada kali ini.

Semangat yang ditunjukkan oleh para peserta juga menjadikan PBC pada kali ini telah berjalan lancar tanpa cacat cela dan berjaya menyampaikan misi HPA itu sendiri. Kehadiran pemimpin - pemimpin hebat dari KPU juga telah menaikkan semangat para peserta untuk terus berjuang menjadi usahawan muslim HPA yang sejati.

Pengarah PBC kali ini ialah PJ Sazali Salihuddin dan Penolong Pengarah, PJE Imillia Abdul Malek.

Para pemimpin yang telah menjayakan PBC Taiping kali ini ialah :

PJS Mohd. Nadzri Ahmad - Pengenalan Syarikat
PJS Syed Ageel Syed Mahayaddin - Plan Pemasaran
PJ Haryzan - 6M
PJ Saliza Zainol - Produk Halal
PJS Noormah Zainol - Saraf Tapak Tangan
PJS Mohd. Zamri Bakar - Produk Pilihan
PJS Sabri Ahmad - Bersama Pemimpin
PJ Mohd. Shahril Tahir - Malam Bintang - bintang
PJE Imillia Abdul Malek - Malam Bintang - bintang
PJ Mohd. Yusfee Yusof - Pengerusi Majlis
PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir - Pengerusi Majlis
PJS Asnah Mustafa - Pengerusi Majlis Pembentangan
PJS Mohd. Bakar Awang - Bacaan Al - Ma`thurat dan Imam Qiamullail

Para Fasilitator :

PJI Haridah Khanun, PJ Hj. Azizan Ismail, PJ Hindun Abdul Aziz, PJ Siti Nafsiah Sakor, PJ Mohd. Firdaus Wahi, PJ Zalilah Ghazali dan PJ Roslina dari utara.


Wednesday, November 11, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING KEMBALI (9 NOV 09)

Kelas Mingguan HPA Taiping telah kembali diadakan seperti biasa setelah sekian lama tidak dapat diadakan oleh kerana hadirnya Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang lalu. Penceramah yang telah hadir pada kali ini ialah gandingan daripada 2 buah negeri iaitu PJS Mohd. Bakar Bin Awang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan PJE Mohd. Aasim Bin Khalid dari Kuala Kangsar, Perak.

Ucapan alu - aluan dan selamat datang telah dimulakan oleh Pengerusi KPPU dan juga Pengerusi Komuniti Taiping iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Beliau memberitahu mengenai PBC Taiping yang akan diadakan pada 14 & 15 November 2009 ini dan pemilihan untuk GEN 7 pada bulan Januari 2010 nanti.

Ceramah mengenai Pengenalan Syarikat telah disampaikan oleh PJS Mohd. Bakar dan ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman oleh PJE Mohd. Aasim.

Selepas Kelas Mingguan, telah diadakan Perjumpaan Komuniti Taiping bersama semua GEN untuk penerangan mengenai Kekekalan GEN dan Sistem Point melalui keaktifan para GEN. Di antara pemimpin Komuniti Taiping yang hadir ialah PJ Mohd. Yusfee, PJ Mohd. Irwan Azahari, PJ Mohd. Shahril, PJ Sazali, PJE Mohd. Aasim, PJI Haridah Khanun, PJE Imillia, PJ Hindun, PL Mohd. Firdaus, PRX Ku Iskandar, PRX Siti Nafsiah, PRX Rokiah, PRX Faredah, PRX Husna Nabilah dan PJX Noriah.

PJS MOHD. BAKAR BIN AWANG

PJE MOHD. AASIM BIN KHALID

PEMINAT SETIA KELAS MINGGUAN HPA TAIPING

PEMIMPIN KPU TAIPING SEDANG MEMASANG BANNER UNTUK PBC TAIPING PADA 14 & 15 NOVEMBER INI


Thursday, November 5, 2009

MESYUARAT KOMUNITI DAN TRIBUNAL KPU

Pada 3 November 2009, satu mesyuarat telah diadakan yang menghimpunkan semua ahli tribunal KPU beserta penasihat dan pengerusi dan setiausaha komuniti KPU , telah berjaya diadakan buat pertama kalinya. Pertemuan yang dijalankan di dewan cawangan HPA Aman Jaya Sungai Petani tersebut telah berjaya menghimpunkan semua pemimpin komuniti yang terlibat.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 malam tersebut telah berakhir pada jam 11.00 malam. 11 komuniti telah menghantar wakil dari pengerusi dan setiausaha. Antara komuniti yang terlibat:

1. KOMUNITI LANGKAWI

Pengerusi - PJS Ahmad Zaki Mohd Noor
Setiausaha - PJ Mohd Fadzli Bin Abdullah

2. KOMUNITI KANGAR

Pengerusi - PJS Amiruddin Bin Bakar
Setiausaha - PJ Anisah Bt Din

3. KOMUNITI JITRA

Pengerusi - PJS Salehuddin Bin Remly
Setiausaha - PJ Yusof Bin Ahmad

4. KOMUNITI PADANG TERAP

Pengerusi - PJS Sabri Bin Ahmad
Setiausaha - PJ Mohd Saiti Bin Ismail

5. KOMUNITI ALOR SETAR

Pengerusi - PJS Mohd Zaidi Bin Abu Hassan
Setiausaha - PJS Norzaimi Bin Che Meh

6. KOMUNITI SIK / BALING

Pengerusi - PJS Abd Razak Bin Hussain
Setiausaha - PJS Rashadah Bt Abd Razak

7. KOMUNITI SUNGAI PETANI

Pengerusi - PJS NoorHyzad Bin Kassim
Setiausaha - PJS Mohd Zaidi Bin Ghazali

8. KOMUNITI KULIM

Pengerusi - PJS Zamri Bin Bakar
Setiausaha - PJ Halmi Bin Musa

9. KOMUNITI SEBERANG PRAI

Pengerusi - PJS Zanbli Bin Abd Rashid
Setiausaha - PJ Shahdat Bin Ahmad

10. KOMUNITI PULAU PINANG

Pengerusi - PJS Abd Jalil Bin Zainol
Setiausaha - PJS Shamsuri Bin Muat

11. KOMUNITI TAIPING

Pengerusi - PJ Yusfee Bin Yusof
Setiausaha - PJ Sazali Bin Salihuddin

Antara perbincangan utama di dalam pertemuan ini:

  • Taklimat tentang pembentukan komuniti dan tugasan setiap komuniti yang dibentuk
  • Ke arah peningkatan kualiti dan pembaikan Program Perkongsian Bijak Cemerlang
  • Penyusunan jadual kelas mingguan KPU
  • Pertandingan Futsal KPU - Piala Pengarah Urusan
  • Hari Keluarga PJS KPU
  • Program Pelancaran Kepimpinan GEN 7 KPU
  • Cadangan dan pandangan kepada KPU dan kepada pengurusan HPA
Alhamdulillah, pertemuan berakhir dengan suasana yang begitu memberangsangkan di mana semua pemimpin yang hadir mewakili komuniti masing-masing bertekad memastikan HPA akan semakin gemilang selepas ini.

Tuesday, November 3, 2009

30 PERATUS GELATIN KAPSUL UBAT TIDAK HALAL

PULAU PINANG 2 Nov. — Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu".

Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan ", katanya di sini hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata, produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya. - Bernama

Sunday, November 1, 2009

PERJUMPAAN KPPU KALI KE - 3 2009

Pada 1 November 2009, satu perjumpaan Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping pada jam 3.00 petang. Perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan program - program yang akan menyusul selepas ini seperti Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) pada 14 & 15 November 2009 dan Kursus Membaca `Bonus Statement' pada 22 November 2009.

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir adalah PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJ Sazali Salihuddin, PJ Mohd. Shahril Tahir, PJ Hindon Abdul Aziz, PJI Haridah Khanun dan PJ Siti Nafsiah.