Thursday, September 24, 2009

PJS ZABEDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pengarah Jati Setia (PJS) Zabedah Bt Abdullah dari Perak telah kembali ke Rahmatullah selepas maghrib tadi (24 September 2009). Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.....Alfatihah.

Sehubungan itu, pohon semua PJS dan Pemimpin HPA di semua PBC dan Kelas Mingguan menganjurkan Majlis Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah...

Thursday, September 17, 2009

AWAS ! PRODUK MINUMAN SOYA YANG MENGANDUNGI BAHAN DARIPADA BABI

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam kepada semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau(GREEN BEAN SOY DRINK)? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya,bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.???tgk-tgk lah ringankan lah mata tu untuk membaca isi kandungan tesebut

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........
Cuba lihat kat pic ini.Cuba lihat dekat-dekat.......

Apa ke benda ni?Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek punya belek.....nah......., patutlah.......... Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!MasyaAllah..!!!!!!!!!!

ape nak jadi sekarang nie umat islam di negara sering tertipu tentang kesuci produk makan dgn miniuman.cuma halal yang ada pada umat islam sahaja.kita ibarat di permainkan oleh bangsa lain.kenapa kita harus tunduk dgn mereka

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak dan saudara seislam kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

SUMBER DARI BLOG : PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR


Friday, September 11, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ANAK YATIM KPPU HPA CAWANGAN TAIPING

Pada 11 September 2009, Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) bersama HPA Cawangan Taiping telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Anak Yatim bagi tahun 2009 masihi / 1430 hijrah. Majlis yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak telah dihadiri oleh seramai 100 orang daripada ahli HPA dan juga bukan ahli.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada pengerusi majlis yang juga Setiausaha Kehormat KPPU, PJ Mohd Affendy Bin Ismail. Setelah itu, ucapan dari Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof, mengalu - alukan kedatangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh Pengerusi KPPU itu, menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah kali yang kedua pernah diadakan. Pada kali pertama telah diadakan pada tahun 2007 yang telah menghimpunkan seramai 20 orang anak - anak yatim. Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad sebanyak RM 1000.00.

Pada tahun 2008, sumbangan anak yatim tidak diadakan, hanya majlis berbuka puasa sesama ahli HPA sahaja di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Manakala pada tahun ini, setelah perbincangan diadakan sesama ahli KPPU, maka diadakan kutipan derma untuk sumbangan anak - anak yatim. Setelah kutipan derma dibuat, maka KPPU telah dapat mengumpulkan sebanyak RM 700.00 untuk diagihkan kepada 14 orang anak yatim.

Selepas ucapan Pengerusi KPPU, satu tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Iszafri Bin Ahmad yang dijemput khas dari Taiping. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak - anak yatim yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nazeer Bin Hamid, Pengurus Stokis Daerah Pantai Remis, Perak. Beliau juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bruas.

Di antara barisan kepimpinan KPPU yang turut hadir pada majlis ini ialah PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJ Hindon Abdul Aziz dan PJ Nabisah Hassan.

Dikesempatan ini, KPPU ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi menyumbangkan derma dari segi kewangan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati kita semua, amin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA KAMI :

KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU )


Tuesday, September 8, 2009

INSENTIF MENJELANG AIDIL FITRI

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:

1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.

2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery)

Sumber Blog GM

Tuesday, September 1, 2009

PAU AHMAD ATAU P. A. FOOD ?

Sekali pandang nampak ada logo halal.
Dua kali pandang nampak P.A. FOOD SDN. BHD.

Syarikat ni milik orang Islam ke bukan?
Pakat - pakat pikiag sendiri lah...
Sapa - sapa yang selalu makan PAU AHMAD tu...
eloklah siasat dulu..Sapa tokeh syarikat ni...
PENDEDAHAN SYARIKAT MILIK ORANG BUKAN ISLAM
P.A. FOOD SDN. BHD.
( PAU AHMAD FOOD SDN. BHD. )
P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang
43500 Semenyih Selangor Malaysia
Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886

Managing Director : Mr Ding Hong Sing
Finance Director : Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,
Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,
Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Email: lcding@...

URL: http://www.pa-food.com/

Sekarang dah tahu kan ?
Siapakah empunya sebenar syarikat ini ?

SUMBER : BLOG pjskpu2u.blogspot.com