Tuesday, March 31, 2009

PRODUK BARU HPA - SATE AYAM ORGANIK


Produk baru daripada HPA, iaitu SATE AYAM ORGANIK bakal mendapat tempat di hati ahli - ahli HPA yang menggemari sate. Setelah sekian lama tidak menjamah sate ayam di pasar - pasar malam dan gerai - gerai makan yang menghidangkan sate, maka inilah saat - saat yang di tunggu - tunggu oleh semua ahli HPA. SATE AYAM ORGANIK ini sudah ada di HPA Cawangan TAIPING yang baru sampai malam ini. Ia disertakan bersama kuahnya sekali. Sekali makan, pasti nak lagi.
JOM KITA MAKAN !


SATE AYAM ORGANIK
( 20 cucuk satu pek )

Harga ahli - RM 12.00
Harga pengguna - 15.00


Monday, March 30, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 30 MAC 2009 )

Pada hari ini bertarikh 30 Mac 2009, Meeting Mingguan HPA Taiping telah dihadiri oleh PJS Pn Hjh Syarifah Bt Sulaiman bersama suaminya PJS Subri Bin Murad dan anak keempat mereka. Walaupun pada permulaannya, hadirin yang hadir tidak berapa ramai, mungkin disebabkan musim pilihanraya di Bukit Gantang, namun akhirnya makin ramai yang hadir.

Menurut Pengerusi Majlis iaitu PJ Mohd Yusfee Yusof, bermula hari ini, meeting mingguan seluruh Malaysia akan bermula tepat jam 9.00 malam dan berhenti tepat jam 10.30 malam. Ini adalah untuk mengelakkan ceramah berlarutan hingga tengah malam dan menyukarkan para hadirin yang terpaksa balik jauh.

Pada ceramah PJS Pn Syarifah Sulaiman pada malam ini, adalah mengenai produk yang sangat berkhasiat, iaitu ROSELLE. Juga diselitkan oleh PJS Pn Syarifah Sulaiman penerangan SARAF TAPAK TANGAN yang berkaitan dengan kolesterol, batu hempadu dan resdung.

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah :

1. PJ Mohd Yusfee Yusof
2. PJ Mohd Irwan Azahari Tahir
3. PJ Mohd Shahril Tahir
4. PJE Haridah Khanun
5. PJ Hindon Abdul Aziz
6. PJ Sazali Salihuddin
7. Siti Nafsiah Sakor
8. Mohd Firdaus Wahi
9. Husna Nabilah Wahi
10. Imillia Abdul Malik

GAMBAR - GAMBAR :

PJS Pn Syarifah Sulaiman sedang menyampaikan ceramah

Para hadirin yang hadir mendengar ceramah

Staff HPA Cawangan Taiping, Yati dan Aji bersama PJ Mohd Irwan sedang menyediakan minuman KOPI RADIX untuk para hadirin.

Sunday, March 22, 2009

PBC TAIPING 21 & 22 MAC 2009


Penyertaan seramai 34 orang di PBC TAIPING pada kali ini telah memberikan satu semangat kepada pemimpin - pemimpin Taiping yang sebelum ini agak sukar mencari penyertaan. Ditambah pula dengan suasana kempen pilihanraya Bukit Gantang menipiskan lagi harapan mencari penyertaan. Namun tidak disangka - sangka, pendaftaran di HPA Cawangan Taiping yang hanya 17 orang pada permulaannya, bertambah kepada 34 orang pada hari pertama PBC. Alhamdulillah...

Para motivator yang telah datang pada kali ini adalah :

PJS Zamri Bin Bakar ( Pengenalan HPA )

PJS Ismail Bin Othman ( Asas Plan Pemasaran )

PJS Syarifah Bt Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan )

PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayadin ( Elemen 6M )

PJ Saliza Bt Zainol ( Produk Halal Satu Pilihan )

PJS Mohd Nadzri Bin Ahmad ( Produk Pilihan - RADIX )

PJS Siham Bt Mohd Hashim ( Bersama Pemimpin )

PJ Mohd Irwan Azahari Bin Tahir ( Malam Bintang - Bintang )

PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof ( Pengerusi Majlis )

PBC kali ini turut dibantu oleh :

1. PJS Asnah Bt Mustafa ( Utara )

2. PJS Noormah Bt Zainol ( Utara )

3.PJS Othman Bin Said ( Utara )
4. PJ Misbahah Bt Idris ( Utara )
5. PJ Zalilah Bt Ghazali ( Utara )
6. PJ Harryzan ( Utara )
7. PJ Hindon Bt Abdul Aziz ( Taiping )
8. PJ Mohd Shahril Bin Tahir ( Taiping )
9. PJ Sazali Bin Salihuddin ( Taiping )
10. PJ Hj Azizan Bin Ismail ( Taiping )
11. PJ Norhidayu ( Ipoh )

GAMBAR - GAMBAR :

Wednesday, March 18, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 16 MAC 2009 )

Pada Meeting Mingguan yang lalu, HPA Taiping telah dihadiri oleh PJS Md Asri Bin Hussain dari Guar Chempedak, Gurun, Kedah. Beliau adalah adik kepada PJS Abdul Razak Hussain dan PJS Md Khatib Hussain. Bagi PJS yang bertugas sebagi guru ini, inilah kali pertama beliau menjejakkan kakinya ke HPA Cawangan Taiping. Beliau hadir bersama isteri dan 5 orang anaknya yang memahami tugas beliau sebagai PENGARAH JATI SETIA atau PJS.

PJS Md Asri telah menyampaikan ceramah beliau dimulakan dengan Pengenalan HPA memandangkan ramai orang baru yang hadir pada minggu ini. Disusuli pula dengan perkembangan terkini mengenai HPA iaitu Pelancaran MLMS ( Multi Level Marketing Syariah ) pada 9 Mac yang lalu di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Kuala Lumpur. Pada hari dan tempat yang sama juga diadakan Pelancaran Ais Kerim HPA yang ditunggu - tunggu oleh semua ahli - ahli HPA di seluruh negara.

Ceramah mengenai produk pula, Bedak Delima menjadi tajuk pilihan PJS Md Asri pada kali ini. Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang turut hadir ialah PJ Mohd Yusfee Yusof, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Shahril Tahir, PJ Hindon Abdul Aziz, PJ Hj Azizan Hj Ismail dan Jamaluddin Samsuddin.

Pengerusi Majlis : PJ Mohd Yusfee Yusof

GAMBAR - GAMBAR :

PJS Md Asri Hussain sedang menyampaikan ceramah

Beliau dibantu oleh anaknya yang sulung

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ceramah

Walaupun sebelum ceramah bermula, hujan telah turun dengan lebat, namun ini tidak mematahkan semangat ahli - ahli HPA yang inginkan ilmu datang ke Meeting Mingguan kali ini.

Pengerusi KELAB SAHABAT BATU KURAU, yang juga PENGURUS STOKIS DAERAH BATU KURAU, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir bersama adiknya PJ Mohd Shahril Tahir bersama isteri masing - masing tetap hadir walaupun PJ Mohd Irwan Azahari Tahir terpaksa membawa anak yang masih kecil dan PJ Mohd Shahril Tahir yang baru melangsungkan perkahwinan ( Selamat Pengantin Baru ) isterinya baru balik dari Sabah ( bertugas di Sabah ). INILAH PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN HPA.

Saturday, March 7, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 2 MAC 2009 )

Pada Meeting Mingguan yang lalu di HPA Cawangan Taiping, seramai 3 orang PJS telah datang menyampaikan ceramah dan info - info terkini HPA. Mereka ialah PJS Ahmad Zaki dari Langkawi menyampaikan ceramah mengenai PALESTIN, PJS Sallehuddin Bin Remly dari Alor Setar, Kedah mengenai marketing plan dan PJS Syeed Ageel Bin Syed Mahayaddin menyampaikan ceramah motivasi. Turut hadir pemimpin - pemimpin dari KPPU ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Hindon Abdul Aziz, PJ Haridah Khanun dan PJ Hj Azizan Hj Ismail.

Pengerusi Majlis : PJ Hj Azizan Hj Ismail

GAMBAR - GAMBAR :

PJS Salehuddin sedang menyampaikan ceramah MARKETING PLAN

PJS Syed Ageel sedang menyampaikan ceramah MOTIVASI

PJS Ahmad Zaki dan PJS Syed Ageel sempat memberikan post istimewa

Pemimpin - pemimpin dari KPPU sedang berbincang

Di antara ahli - ahli HPA yang hadir mendengar ceramah